Want your
own Fotopage?
















 
zakiyah's FotoPage

By: zakiyah zainon

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Oct-2008 16:07 Email | Share | Bookmark
Al-Fatihah




Tokwan (datuk) saya telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 950 malam pada tarikh 9 Oktober 2008. Saya berada di sisinya hingga habis nyawanya. Bersama-sama saya ketika itu mak, mak lang, mak njang, pakcik, paksu dan tok (nenek) saya. Pakcik memimpinnya mengucap dua kalimah syahadah, sementara saya dan mak membaca yassin bersama-sama. Mak njang terhenti dipertengahan bacaan kerana terlalu sedih melihat wan yang sedang bertarung dengan maut walaupun dia hanya melihat dari belakang.

Malam itu sebelum ajalnya, saya bersama mak dan maklang berada di sisinya. Saya memegang tangan kiri dan mak lang memegang tangan kanannya sambil mengusap perutnya yang tegang. Sesekali dia menggenggam kuat tangan saya, dan saya tahu ketika itu dia sedang menahan sakit di dalam perut. Dia membuka mata bila anak saya Nur Faaqihah menepuk-nepuk lengannya.

Tokwan hendak mengubah posisi badannya, mengiring ke kanan. Kami membantu mengubah posisi mengikut kehendaknya. Saya mengusap pinggangnya agar hilang lenguh. Mak membaca selawat syifa sambil menghembus ke kepala dan dadanya. Selepas meneguk air, tiba-tiba beliau sesak nafas. Mak lang terkocoh-kocoh memanggil paksu dan pakcik, hanya itu dua anak lelaki yang beliau ada. Mak terus mencapai surat yassin dan membacanya. Saya bangun mengambil wudhuk dan ikut membaca bersama mak. Dipertengahan bacaan yassin kali kedua, beliau menghembuskan nafasnya. Saya nampak seperti dia tertunduk sambil menguap. Dan badannya yang saya pegang sepanjang bacaan yassin menjadi sejuk.

Manusia hanya merancang Allah yang menentukan. Walaupun saya jauh dari keluarga namun saya berpeluang bersamanya hingga akhir hayatnya. Saya tidak menjaganya secara total namun ada juga masa-masa yang saya luangkan bersamanya hingga saat-saat akhir.

Petang itu, saya dan mak berbincang hendak memasak bubur yang sedikit istimewa untuk wan pada esok harinya. Biasanya beliau makan bubur nasi kosong. Saya bercadang hendak memasak seperti bubur yang saya masak untuk Faaqihah, ada sayur dan isi ikan kemudian akan dikisar. Pasti lebih menyelera dan menyihatkan. Apakan daya, hajat kami tak kesampaian.

Moga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.






>> al-fatihah dan takziah dari saya... Thu 9-Oct-2008 19:32
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Takziah dari aku buang hang sekeluarga...seingat2 aku...cuma skali jer aku penah jumpak tokwan hang......semoga rohnya ditempatkan disisi orang beriman.... Fri 10-Oct-2008 00:54
Posted by:Mama Haziq  - [Link]
Takziah dari kami sekeluarga....tabahkan hati....yang pergi tetap pergi....semoga rohnya aman dan tenteram disana....amin.... Fri 10-Oct-2008 03:19
Posted by:azlinda  - [Link]
Salam Takziah buat hang sekeluarga... Tabah kan hati dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang2 beriman... Amin.. Al- Fatihah... Fri 10-Oct-2008 07:10
Posted by:ijan  - [Link]
Dari dia kita datang kepada nya kita kembali semula........Al-Fatiha..........

Semoga Rohnya di tempatkan bersama Roh orang2 yg terdahulu dan yg di rahmati di sisi Allah...Amien.....
Sat 11-Oct-2008 16:45
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
alfatihah...... Sat 11-Oct-2008 16:45
Posted by:SALLEHARON salleh@starbucks.com.my
cik kiah, takziah untuk hang sekeluarga.. semoga tabah dan redha dengan kehilangan yg besar ini... minta maaf, masa mengunjung hari tu aku tak sempat jumpa hang sebab aku ada kelas kul 10.. semoga roh tok wan ditempatkan dikalangan para solihin.. Mon 13-Oct-2008 03:19
Posted by:nadia
Salam takziah dan Al-fatihah. Mon 13-Oct-2008 10:33
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Dah balik Johor ke belum. Pak Cik nak buat kenduri kahwin 25 Oktober ni. Mon 13-Oct-2008 10:36
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
salam takziah untuk hang ..moga wan hang berada di dalam golongan yang beriman..amin.. Tue 14-Oct-2008 02:54
Posted by:awin miss_ween@yahoo.com
al-Fatihah utk tokwan che kiah..kami sekluarga doakan semoga arwah dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan org2 beriman. Fri 17-Oct-2008 03:24
Posted by:Wanie  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.