Alhamdulillah, Allah telah memberi rahmatNya pada aku untuk merasai menjadi seorang IBU. Sengsara seawal kandungan hingga masuk bulan ke 4 cukup memenatkan. Menahan sakit ketika melahirkan cukup memeritkan. Syukur sebab aku tak payah menahan sakit yang berbelas-belas jam, memadai dengan 5 jam yang aku rasai tu. Itupun dah tak tertahan rasanya. Mujur ada mak dengan nurse yang sentiasa di sisi menjadi teman berbual. Hilang jugak rasa sakit tu sekali sekala. Nikmat ketika melahirkan tak dapat untuk diungkapkan. Sekarang ni aku rasa time meneran tu adalah saat yang paling seronok walaupun dalam hati risau. Sebelum nak meneran tu dah siap² mengucap dua kalimah syahadah, manalah tau kalau² umur aku setakat itu sahaja. Semua telah selamat, cuma hajat untuk bersama sayang semasa melahirkan tidak kesampaian. Next time okey!
Akhirnya aku telah mendapat title IBU. Untuk adik Zuhaida yang jauh di Alexandria dan kawan² serata dunia, inilah buah hati aku dan suami yang pertama.
Nama: NUR FAAQIHAH BINTI AL HALIM.
Maksud: **lebih kurang gini maknanya - yang bijak atau pakar dalam sesuatu bidang, dan ianya juga adalah gelaran untuk isteri Rasulullah, Saiyidatina Aishah R.A iaitu PAKAR DALAM BIDANG FIQH
tahniah ..masa raya hari tu aku sempat gi umah yus ngan nadia ajer...pastu dah tergesa2 nak balik kl malam tuh...comel anak ko che kiah...macam muka ko ...hehehe
comelnye anak hang....tahniah dah jadik ibu.....semoga hidup lebih bermakna hendaknya....
Sun 28-Oct-2007 23:57 Posted by:MamaHaziq - [Link]
dah la cucu sendiri pun tiga2 pompuan....cucu-cucu angkat pun...ramai pompuan..... ish..ish...ish....; anyway..tahniah
ingat.... membesarkan anak pompuan...byk cabarannya...., cayang pipi faqihah daro tokmama..muahhhh
Mon 29-Oct-2007 05:47 Posted by:cikgu tin mama629@yahoo.com
tahniah ... aku dok tgu bila la nk tgk ank sedara baru.. tiap kali buka fp nmpk singa mengaum ja..cmne perasaan dh jd sorg ibu? bersalin kat mahsuri ka? ok x dr.zarina?
Mon 29-Oct-2007 17:16 Posted by:ummi aliff n aqill - [Link]
congrats cik kiah... comeynya anak hang.. ghasa cam nak gigit2 jer pipi tue.. eheheh pastu ako teghasa2 bau baby yg wangi tue.. maklumala dr syurga kan..