|
|
| Friday, 16-May-2008 09:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT HARI GURU
|
|
(ala-ala booking dulu, maaf! so busy lately)
Selamat hari Guru untuk semua guru-guruku, bakal guru, guru ganti, guru sandaran dan segala pendidik yang membaca tulisan aku ini.
Di kolej hari ini meriah, sebabnya...nanti i sambung k...baru abih rehearsal karoeke for dinner, esok malam! nak balik tengok anak pulak...rindu sihhhh..i continue later k...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-May-2008 09:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pertemuan Ayam dan Itik
|
|
entry ni pun aku booking dulu..
Ayam dan Itik? Jika depa ni bertemu, apa agaknya yang depa sembang?
Today we receive a group of visitor from thailand. they are part time students from Songkla University. When they reach here, we welcome them with paluan kompang. sampai berdarah jari member aku ni punya kuat dia balun!
kami start confuse! dont know how to communicate with them. they dont understand english and us, dont understand their language! some of them can speak malay but kelantan punya loghat! really terrible and funny!! itu yang aku sama bagai ayam dan itik bertemu. Finally, we found the best solution! students siam jd translater thats the best we can do! tu pun slang siam sini tak sama ngan siam sana..lantak laaaaa....
bum bang-bum bang...lepas makan segala, petangnya we have friendly match..laki main bola sepak, pompuan main volleyball..aku apa lagi terus tukaq baju, sib baik ada baju spare kat dalam kreta..maklum la Joyah Sport, semua ada dalam kreta tu!!
Lepas jugak gian aku nak main bola tampaq..we played at kompleks sukan kangaq...best siut main indoor! dah lama tak rasa. they played quite simple but good in covering and digging! my team, aku yang pulun cover satu court..letih siut! students malu-malu nak main. volleyball was my passion last time so tak de masalah aku nak main bidan terjun (cewaahhh..cam riak pulak bunyi nya hahahaha)
oklah..gambaq coming soon!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-May-2008 02:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
untuk semua ibu
|
|
(kira macam booking dulu entry ni..gambaq tak dak lagi hehehe)
(13 mei - entry updated with pics hehehhe)
dengan dua mak masa tunang dulu....
Di sini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu yang membaca tulisan aku nih dan jugak mereka yang bakal menjadi ibu...aku juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada diri aku sendiri yang telah berjaya menjadi ibu...hahahaa..boleh gitu!! wish untuk diri sendiri
sambutan? cuma sederhana..aku beli sebiji kek choc mud 1/2 kg dan aku suruh budak kat kedai kek tu tulis "selamat hari ibu". petangnya, lepas mak aku balik sekolah dan siap ngajaq budak-budak nganji quran, aku buat ayaq oren dan keluarkan kek. suruh mak potong hehehehe itu saja. kami makan beramai-ramai (gambaq nanti aku masukkan..tak sempat nak transfer ke laptop lagi)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-May-2008 07:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kisah minggu ini
|
|
hari ini setelah seminggu lamanya berhempas pulas dengan miting yang ntah apa-apa ntah, akhirnya selesai jugak acara kemuncaknya! dari isnin-khamis (rabu sebenarnya) ada karnival kat kolej...ada pameran, jualan komputer, fotodigital, robotics dan macam-macam lagi la...dan khamisnya sibuk dengan persiapan untuk keberangkatan raja pada esoknya! hujan dan ribut menguji kami, dah la acara memang di perkarangan kolej (kami tak dak dewan), redah je laaaa....
pagi tadi seawal 6 pagi dapat msg dari ketua persiapan tempat (aku ajk nya) - hujan ribut! sila war-warkan, ajk persiapan tempat perlukan bantuan staf lain untuk lap kerusi )
terus aku bangun, mandi dan siap nak ke opis...dalam ati aku dah risau kalau hujan lebat mcm hari sebelumnya!jenuh..aku sampai ke kolej agak lewat 730 pagi sebab baby pun bangun bila aku bangun, dan acara setiap pagi, mesti basuh beraknya...lawas betui anak aku ni!
sampai kat kolej banyak benda yang dah setel, students yang ada kat rumah sewa banyak membantu. aku kalut dengan buku pelawat (xtra task dari bos utk aku!) lepas raja sampai aku lari ke bilik pengarah (lift rosak ) utk make sure everthing inside that room goes well..lepas tu sempat lagi buat full rehearsal ngan bebudak fashion show!
elok ja aku abih ngan bebudak ni, acara kat bawah pun dah hampir habis, aku lari pulak ke bilik pengarah, sempat la berborak ngan pelayan istana hehehe...
(letih type...nanti aku sambung beserta gambar
sambung balik cerita last week...
"Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Ampuan Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun.
Patik mohon limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku untuk memulakan majlis "
Diatas adalah sebahagian teks yang paling aku suka. Dulu dok sebut "ampun tuanku beribu ampun" tapi tak de raja kat depan, tapi kali ni aku betul-betul sebut kat depan raja dan yang aku dapat rasanya aura ayat ini bila Tuanku memandang muka aku dan menganggukkan kepala bila aku mintak izin memulakan majlis.
Nadia, aku tak pakai baju glamour macam majlis konvo lepas, Raja mai so kita tak leh over..aku pakai baju kurung biasa saja, tapi tetap pemberian mak mentua aku yang memang suka beli baju kat aku and hepi besday untuk hang..the best fren that i ever had! walaupun aku dah call tapi aku nak masukkan jugak dalam entry ni sebab majlis ni sama ngan besday hang...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Apr-2008 09:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ustazah Nur Faaqihah Al Halim
|
|
Anak ibu yang sorang ni memang tak kalah kalau bergaya atau digayakan . Mak tok baru beli tudung untuk maksu izzah. Lepas mandi mak tok saja pakaikan anak ibu dengan tudung yang meriah dengan labuci ni. terguling ibu gelak tengok muka anak ibu yang mungil lagi montel, macam nak je ibu cubit-cubit. geram sangat!!!!
Frame untuk semua entry kali ni adalah hasil kerja adik aku yang bongsu. malam-malam dia dok tengok aku explore adobe photoshop + adobe illustrator. memang pick up betul budak-budak kecik ni kan! by observation saja dia dah boleh dapat! walaupun tak secantik mana, namun cukup sempurna bagi budak-budak yang baru 9 tahun. so, saja aku abadikan hasil kerja dia ni...
Balik kepada topik Ustazah Faaqihah. Ibu harap anak ibu akan terus sihat, comel, mungil dan membesar menjadi anak yang solehah!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Apr-2008 04:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Faaqihah 7 bulan
|
|
Faaqihah already 7 months old! cepat masa berlalu! every day, ibu go through same routine! pagi keja, petang sampai rumah layan baby - bagi makan n mandikan baby, malam sleep together! cuma hari cuti kita sama-sama bangun lambat skit hehehe
masa lepak-lepak kat atas katil, ayah sempat captured aksi faaqihah yang macam-macam. senak perut ibu ngan ayah gelak bila tengaok balik aksi spontan dia hehehe..moga anak ibu terus sihat, aminnn...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Apr-2008 04:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
jalan-jalan kat Tasik
|
|
Lepas cuti kat melaka, 3 of us went back to kedah. Ayah habiskan cuti kat jitra pula. Pagi Jumaat sampai Kedah. Lepas cover tido yang tak brapa lena semalam tu, semua pi rumah mak lang. Tengok sepupu aku yang dah selamat bersalin. terkejut aku dengar cerita yang dia bersalin kat rumah. kes tak dan nak pi spital dan dia doktor dah kategorikan orang yang tersangat mudah bersalin. Alhamdulillah, baby sihat dan selamat, cuma perlu undergo some checkup untuk pastikan organ dalaman tak dijangkiti kuman sebab sejam lepas lahir baru tali pusat dipotong (rescue lambat!).
to fill up our time together, we just walked around tasik kat jitra. then, jalan-jalan pusing Alor Setar. Sayang pulak 'terpeleot' pinggang masa angkat baby, so banyak berehat kat rumah je la. lepas makan ubat, mata pulak bengkak , so lagi le berkurung kat rumah! macam-macam kes!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Apr-2008 08:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
balik kampung
|
|
aku cuti seminggu! so plan ngan hubby balik kampung kat melaka, kiranya bertemu di tepi pantai la setelah sekian lama berpisah (belakang rumah laut).
aku travel dengan baby dari kedah, sayang pulak sorang diri dari singapura, akhirnya kami bertemu di melaka. all the way to melaka, faaqihah baik je! alhamdulillah, allah bukakan hati orang-orang yang aku jumpa sepanjang ke melaka untuk tolong aku. kalau tak kalut jugak! mana dengan baby, mana lagi dengan beg susu, beg galas! trima kasih untuk 'ijey' (student politeknik perlis, budak kelantan) yang tolong angkat beg aku ke dalam bas, dan doktor muda (lupa nak tanya nama) yang duduk sebelah aku. dia tolong pegangkan baby masa aku nak ke tandas! trima kasih untuk jasa kalian!
kawan-kawan...
aku run bisnes nih hehee..ada tak sapa-sapa berminat nak beli produk yang aku pasarkan ni! aku bagi installment ngan korang, bayar bulan hehehe...baik punya!!!pasti hang pa bertambah vouge de vass lepas menggunakan perkhidmatan aku ni hehe
berminat?
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Mar-2008 03:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
yang menurut perintah
|
|
Sejak pilihanraya berakhir, isu menteri besar memang besar. lebih besar rasanya dari isu olimpik atau euro yang akan berlangsung tak lama lagi. panas litar F1 pun tak boleh lawan ngan isu MB ni. Kisah negeri perlis dah berakhir bila pilihan istana tetap menaraju negeri. La ni kalut kat Terengganu pulak! heran jugak aku, awat ramai yang berebut sangat nak jadi pemimpin! best sangat ka jadi ketua ni? kalau best aku pun teringin nak berebut jugak!
Pada aku, kes kat T'ganu dan Perlis ni menunjukkan siapa kita sebenarnya (termasuk aku jugak!) Masa DAP ajak boikot majlis angkat sumpah MB Perak, bukan main marah lagi orang melayu kat Perak ( aku kat Kedah ni pun terasa marah). Marah sebab bangsa lain tak hormat raja Melayu bila tak setuju dengan pilihan Raja. Tapi bila aku pikir balik sapa yang tunjuk contoh pada bangsa lain untuk engkar pada Raja. Aku nampak orang Melayu sendiri! Mungkin aku jugak salah sorang penderhaka itu?!
Dulu masa berkempen aku ingat slogan yang lebih kurang membawa maksud macam ni - KITA PILIH PARTI, BUKAN CALON (yang aku paham le...sori kalau aku salah paham huhuhu) tapi bila mai isu Perlis dan T'ganu ni, aku pelik! Awat depa tak pakai slogan tu pada diri sendiri. Suruh rakyat ja ikut slogan tu! Nampaknya macam ketam ajaq anak berjalan lurus!! dua-dua terjun lumpuq!! Rasanya calon pilihan ADUN ngan calon pilihan Istana dari Parti yang sama. Dah tu hangpa dok kalut nak gaduh ada? Siap ugut nak letak jawatan ADUN kalau pilihan depa tak jadi ketua! Ya Allah!!! macam ni punya manusia pun ada ka??!! Patutnya depa ni kita sumbat dalam penjara sebab tunjuk teladan yang tak baik! Melawan cakap raja!!
Sapa yang dok tenyeh kat surat rasmi di bawah tag " YANG MENURUT PERINTAH " tu tau dak perintah sapa yang depa turut! Atau time nak sign main tenyeh ja...
Perpecahan dikalangan orang melayu makin ketara. Apakah kerana isu-isu peribadi yang membuatkan parti makin berteraboq macam lepas kena ribut? Atau doa ulama yang pinta golongan sekular akan terkubur dengan sindirinya hampir dimakhbul Allah? SMI la ekkk...Yang penting, aku nak tengok perubahan kat Kedah. Aku tidak mengharapkan Kedah maju dari segi material semata-mata, aku mahukan anak-anak di Kedah kembali indah rohani dan jasmaninya, akal dan mindanya!!
aku takut pada Allah, jadi aku tak mau jadi hamba yang engkar pada perintah Allah, peliharalah hambamu ini, moga aku terus dalam limpah rahmatmu ya Allah...amin
Moga Malaysia terus aman dan sejahtera dan penuh limpah kasih sayang dari Allah...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Mar-2008 02:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Faaqihah pakai tudung
|
|
Sejak sebulan ni, ibu memang sibuk dengan sukan, sori yer sayang!!Seminggu 3 hari ibu balik lambat, dok sibuk melatih students main netball untuk sukan IPT Teknikal Negeri Perlis. Muka aku dah hitam
Lepas ni, ada lagi! Sukan Kolej Komuniti pula! Faaqihah diuruskan oleh maktok hampir sepenuhnya! Hampir setiap hari ibu tinggalkan baby dengan baju tidoq, bila ibu balik pun, baby dah siap pakai baju tidoq hehehehe trima kasih yer bonda kuu...
Satu petang ibu balik dari sukan. Nampak Faaqihah dalam dukungan maksu....ibu punya la ketawa tengok anak ibu yang cute bertudung! Hilang penat ibu!! Dari jauh nampak mata itam je. Ibu terus keluarkan kamera yang ibu bawak dan snap gambaq baby hehehe...terus semangat..malam tu jugak ibu edit dala PS
|
|
|
|